Dana Mudah Cara Bumiputera

Dana Mudahcara (Facilitation Fund) diwujudkan sebagai tipping point kepada inisiatif pelaburan swasta Bumiputera di NCER (Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis).

Pemangkin bumiputera
Memberi sokongan kepada syarikat syarikat bumiputera didalam bentuk bantuan kewangan pemangkin kepada perlaksanaan projek projek yang berkelayakan.

Meningkatkan daya maju
Melengkapkan jurang daya maju pelaburan sektor swasta di dalam melaksanakan projek-projek oleh bumiputera yang memberi kesan yang ketara kepada pembangunan ekonomi dan komuniti di NCER.

Membuka peluang
Membantu syarikat untuk mendapatkan pembiayaan yang lebih tinggi dari bank bagi cagaran tanah rezab Melayu; memberi lebih nilai kepada tanah rezab tersebut.

Dana Mudah Cara Bumiputera mengambil dua pendekatan:

Dana Mudah Cara Bumiputera ini disalurkan untuk projek pembelian mesin & kelengkapan projek dan juga untuk pembiayaan projek pembangunan.

Projek perlu memberi impak strategik atau sumbangan yang signifikan kepada ekonomi di NCER termasuk projek - projek di dalam sektor teras NCER.

Projek juga perlu berdaya maju dari segi komersial dan mampan bagi jangka masa panjang tanpa memerlukan bantuan geran lain di masa akan datang.

Kelayakan minimum untuk projek adalah seperti berikut:

  • Mesin dan kelengkapan - minimum RM250,000.00
  • Projek Pembangunan Infrastruktur - minimum RM1,500,000.00

Kriteria dan syarat kelayakkan syarikat:

Hanya syarikat bersaiz kecil dan sederhana sahaja yang layak untuk memohon dana ini.

Syarikat berkenan juga perlu memenuhi syarat - syarat berikut:

  • Hendaklah diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965.
  • Kategori kecil dan sederhana perlu mengikut definasi SME Corporation.
  • Syarikat berpegangan saham efektif Bumiputera sekurang - kurangnya 51%.
  • Modal berbayar syarikat sekurang - kurangnya RM100,000.00.
  • Pegawai Eksekutif dan majoriti pengurusan terkanan syarikat terdiri dari individu Bumiputera.
  • Nilai pelaburan syarikat dalam projek hendaklah sama atau lebih dari separuh daripada jumlah Dana Mudah Cara yang dipohon.
  • Mempunyai hak milik ke atas tanah yang hendak dibangunkan / hak untuk melaksanakan projek di tanah tersebut (seperti JV, Power of Attorney atau pajakan).
  • Syarikat mempunyai kewangan yang kukuh dan berkeupayaan untuk mendapatkan pembiayaan komersial bagi sesuatu projek.

Bagi projek yang berjaya, geran sehingga 15% dari kos projek yang layak atau maksimum RM2,000,000.00 (yang mana lebih rendah) akan disalurkan.

Geran akan disalurkan secara pembayaran balik sepenuhnya (lump sum reimbursement) bagi pembelian mesin dan kelengkapan

Manakala untuk pembangunan infrastruktur, pembayaran balik sebanyak 50% dan 100% akan dibuat setelah projek siap sepenuhnya. Untuk tujuan ini, Independent Consultant (IC) akan dilantik bagi pengesahan tuntutan pembayaran balik.

Maklumat tambahan:

Bagi pembangunan infrastruktur, had maksimum status kemajuan projek yang boleh dipohon adalah 30% (disahkan oleh perunding).

NCIA akan membuat pemantauan projek bagi tempoh 3 tahun.

Berikut adalah syarikat yang tidak layak memohon:

      • Projek sektor kewangan dan perbankan.
      • Projek peringkat inkubator, atau penyelidikan dan pembangunan.
      • Projek yang melibatkan pelaburan di luar negara, atau penggabungan dan pemerolehan.
      • Projek yang telah menerima pembiayaan peruntukan dana Kerajaan, perolehan Kerajaan, bergantung kepada sokongan Kerajaan, atau Kerajaan menanggung sebahagian besar risiko.
      • Projek yang melibatkan rekabentuk pembinaan, dan pemindahan kepada pihak yang lain.
      • Projek yang tidak dimiliki pemohon, atau melibatkan pelaksanaan kontrak bagi pihak lain.
      • Projek-projek lain yang tidak memenuhi kriteria & syarat projek.

Bagi projek yang berjaya, geran sehingga 15% dari kos projek yang layak atau maksimum RM2,000,000.00 (yang mana lebih rendah) akan disalurkan.

Langkah seterusnya

Anda harus meneliti keutamaan anda untuk membantu anda memutuskan bahawa Dana Mudah Cara Bumiputera ini adalah insentif terbaik untuk syarikat anda. Sila muat-turun Pra Permohonan Dana Mudah Cara Bumiputera dan hubungi Pasukan Dana Mudah Cara Bumiputara di [email protected] untuk mendapatkan bantuan dan nasihat pakar.