News: [email protected] wujudkan lebih 1,000 peluang pekerjaan

News: [email protected] wujudkan lebih 1,000 peluang pekerjaan

IPOH, 31 Mei (Bernama) -- Lebih 1,500 peluang pekerjaan akan diwujudkan hasil kejayaan kerajaan negeri Perak dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) menarik lima syarikat peneraju Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) melebarkan operasi di bandar raya ini.

Lima syarikat itu yang pertama seumpamanya di Perak adalah DigitalQ Solutions Sdn Bhd; Revoluteq Sdn Bhd; TecCSA Sdn Bhd dan Volgo Sdn Bhd semuanya dari India serta sebuah syarikat tempatan iaitu Puncak Tegap Sdn Bhd.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata,semua syarikat tersebut di bawah inisiatif [email protected] akan memulakan operasi menjelang suku ketiga tahun ini di Falim di sini dan dalam tempoh lima tahun ia dijangka menarik pelaburan berjumlah RM486 juta.

"Usahama ini akan menyediakan peluang pekerjaan bernilai tinggi untuk graduan tempatan dan Perak amnya serta membantu menyelesaikan isu pengangguran di negeri ini yang mana statistik menunjukkan 22.7 peratus daripada sejumlah 20,341 graduan masih menganggur," katanya.

Ahmad Faizal bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan majlis pertukaran perjanjian persefahaman antara kerajaan negeri dengan NCIA dan kelima-lima syarikat terbabit di sini, hari ini.

Katanya, antara sektor terlibat adalah adalah kewangan, sumber manusi,a proses automasi robotik serta perancangan sumber perniagaan dan teknologi maklumat.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1731867#.XPEZmg6cw2A.whatsapp